Rabu, 10 Februari 2010

Perlancaran dan Taklimat PERKASA Daerah-Daerah di Johor

PERKASA Daerah Segamat
Majlis taklimat PERKASA Daerah Segamat telah diadakan pada 14 Januari 2010 di Hotel VIP Segamat jam 2.30 petang. Sebelah tengahari AJK PERKASA Negeri Johor, beberapa Pemimpin PERKASA Pusat dan sebahagian YDP PERKASA Negeri-Negeri telah diberi taklimat ringkas oleh Presiden PERKASA YB Datuk Ibrahim Ali di kediaman YDP PERKASA Johor Datuk Abdul Rahman b Abu Bakar di Jalan Temenggung, Segamat.

Selepas ucapan ringkas Presiden PERKASA, tetamu telah dijamu dengan masakan ikan Baung Segamat dan durian Segamat yang 'melekat'. Terima kasih di atas layanan istimewa YDP PERKASA Johor, Datuk Rahman.

Majlis taklimat PERKASA Segamat adalah 'warm up' sebelum Perlancaran PERKASA Johor pada 17 Januari 2010. Sambutan lebih kurang 500 orang rakyat Segamat membuktikan sokongan Melayu Segamat ke atas PERKASA lebih-lebih lagi YDP PERKASA Johor adalah anak Segamat sendiri. Majlis taklimat yang disempurnakan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali sendiri itu sekali gus melancarkan penubuhan PERKASA Daerah Segamat.

Pejabat PERKASA Negeri Johor juga terletak di Segamat.

PERKASA Daerah Batu Pahat
PERKASA Daerah Batu Pahat dilancarkan serentak dengan perlancaran PERKASA Negeri Johor yang telah diadakan pada 17 Januari 2010 di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat yang lalu.

PERKASA Daerah Muar / Ledang
PERKASA Daerah Muar / Ledang telah pun dilancarkan pada 6 Februari 2010 (Sabtu) di Dewan Syed Nasir, Tanjung Agas Muar. Majlis Perlancaran telah berlangsung dengan sederhana tetapi meriah yang dihadiri oleh lebih kurang 200 orang. Perlancarannya telah disempurnakan oleh YDP PERKASA Johor .Majlis turut dihadiri oleh Timbalan YDP PERKASA Johor, Setiausaha PERKASA Pusat dan Negeri, Naib Presiden PERKASA Negeri, Pengerusi PERKASA Batu Pahat dan AJK PERKASA Negeri.

PERKASA Daerah Johor Bahru.
Majlis Taklimat dan Perlancaran PERKASA Daerah Johor Bahru dan PERKASA Daerah KulaiJaya akan diadakan serentak di Bandar Baru Uda pada 27 Feb. 2010 (Sabtu) akan datang ini oleh Presiden PERKASA Datuk Paduka Ibrahim Ali.

PERKASA Daerah Kluang.
Majlis Taklimat dan Perlancaran PERKASA Daerah Kluang akan diadakan pada 28 Feb.2010 (Ahad) di Balai Raya, Cawangan Bandar, Jalan Mohd.Salim 1, Kampung Melayu Kluang jam 2.30 petang. Taklimat dan perlancaran akan disempurnakan oleh YB Datuk Paduka Ibrahim Ali, Presiden PERKASA Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan