Rabu, 10 Februari 2010

Perlancaran dan Taklimat PERKASA Daerah-Daerah di Johor

PERKASA Daerah Segamat
Majlis taklimat PERKASA Daerah Segamat telah diadakan pada 14 Januari 2010 di Hotel VIP Segamat jam 2.30 petang. Sebelah tengahari AJK PERKASA Negeri Johor, beberapa Pemimpin PERKASA Pusat dan sebahagian YDP PERKASA Negeri-Negeri telah diberi taklimat ringkas oleh Presiden PERKASA YB Datuk Ibrahim Ali di kediaman YDP PERKASA Johor Datuk Abdul Rahman b Abu Bakar di Jalan Temenggung, Segamat.

Selepas ucapan ringkas Presiden PERKASA, tetamu telah dijamu dengan masakan ikan Baung Segamat dan durian Segamat yang 'melekat'. Terima kasih di atas layanan istimewa YDP PERKASA Johor, Datuk Rahman.

Majlis taklimat PERKASA Segamat adalah 'warm up' sebelum Perlancaran PERKASA Johor pada 17 Januari 2010. Sambutan lebih kurang 500 orang rakyat Segamat membuktikan sokongan Melayu Segamat ke atas PERKASA lebih-lebih lagi YDP PERKASA Johor adalah anak Segamat sendiri. Majlis taklimat yang disempurnakan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali sendiri itu sekali gus melancarkan penubuhan PERKASA Daerah Segamat.

Pejabat PERKASA Negeri Johor juga terletak di Segamat.

PERKASA Daerah Batu Pahat
PERKASA Daerah Batu Pahat dilancarkan serentak dengan perlancaran PERKASA Negeri Johor yang telah diadakan pada 17 Januari 2010 di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat yang lalu.

PERKASA Daerah Muar / Ledang
PERKASA Daerah Muar / Ledang telah pun dilancarkan pada 6 Februari 2010 (Sabtu) di Dewan Syed Nasir, Tanjung Agas Muar. Majlis Perlancaran telah berlangsung dengan sederhana tetapi meriah yang dihadiri oleh lebih kurang 200 orang. Perlancarannya telah disempurnakan oleh YDP PERKASA Johor .Majlis turut dihadiri oleh Timbalan YDP PERKASA Johor, Setiausaha PERKASA Pusat dan Negeri, Naib Presiden PERKASA Negeri, Pengerusi PERKASA Batu Pahat dan AJK PERKASA Negeri.

PERKASA Daerah Johor Bahru.
Majlis Taklimat dan Perlancaran PERKASA Daerah Johor Bahru dan PERKASA Daerah KulaiJaya akan diadakan serentak di Bandar Baru Uda pada 27 Feb. 2010 (Sabtu) akan datang ini oleh Presiden PERKASA Datuk Paduka Ibrahim Ali.

PERKASA Daerah Kluang.
Majlis Taklimat dan Perlancaran PERKASA Daerah Kluang akan diadakan pada 28 Feb.2010 (Ahad) di Balai Raya, Cawangan Bandar, Jalan Mohd.Salim 1, Kampung Melayu Kluang jam 2.30 petang. Taklimat dan perlancaran akan disempurnakan oleh YB Datuk Paduka Ibrahim Ali, Presiden PERKASA Malaysia.

PERKASA Johor membuat laporan polis

logo_kecil2PERKASA Batu Pahat telah pun membuat laporan polis sekitar jam 3.00 ptg tadi 25 Januari 2010 di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat berkenaan dgn komen/artikel yang telah menghina Almarhum Sultan Johor. Laporan di buat merujuk kpd:

1. Komen yang dibuat oleh Patrice Lim di laman FB beliau.http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/01/biadap-lagi-rakyat-yang-biadap-terhadap.html

2. Artikel “Sultan of Johor is Dead ! Bravo!” dari blog Gutter Malaysia
http://guttermalaysia.blogspot.com/2010/01/sultan-of-johor-is-dead-bravo.html

3. Artikel Sultan of Johor and The Death Sentence dari goldenhub dlm
hubpages.com.
[url]http://hubpages.com/hub/Sultan_of_Johor_Death_Sentence [/url]

Berita Harian dan Utusan Malaysia antara media yang telah hadir membuat liputan. PERKASA diwakili oleh Pengerusi PERKASA Batu Pahat, Timbalan YDP PERKASA Negeri Johor dan Setiausaha PERKASA Negeri Johor.

Sebelum itu pada 23 Januari 2010 jam 5.00 petang , Setiausaha PERKASA Negeri Johor telah membuat satu laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Batu Pahat berkenaan tulisan seorang blogger yang dikenali sebagai Aduka Taruna melalui tulisannya dihttp://adukataruna.blogspot.com/2010/01/dah-mampos-buat-cara-mampos-la.html

Dari Rakyat Kepada Tuanku


Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Ampun Tuanku...Sembah patik khas dari rakyat untuk Tuanku Sultan. Pertama-tamanya patik merafak sembah menjunjung kasih dan tahniah di atas pemashuran Tuanku sebagai sultan Johor yang ke 5 dalam Kesultanan Johor Moden. Sebagai rakyat yang menjunjung perlembagaan negara dan mendokong sistem demokrasi raja berperlembagaan, patik mengambil kesempatan di waktu yang bertuah ini untuk menyatakan rasa kasih dan taat setia ke bawah Duli Tuanku berdua.

Atas rasa hormat dan kasih rakyat rasanya tidak menjadi sesuatu yang menjolok mata bagi patik-patik pacal rakyat jelata untuk menyatakan rasa kasih dan taat itu dengan memberi kata-kata harapan kepada tuanku berdua sesuai dengan tanggungjawab Tuanku sebagai ketua Agama Islam dan menjaga hal-ehwal serta adat istiadat Melayu. Bagi patik-patik, masih bermurung dan bersedih di atas kemangkatan Almarhum ayahanda Tuanku yang sangat patik-patik kasihi dan hormati kerana ketegasan, keberanian, keikhlasan serta dekat di hati rakyat. Patik-patik akan kerinduan dan terasa kehilangan dengan suara garau dan tingkahlaku spontan almarhum ayahanda Tuanku.

Namun, yang telah pergi tidak akan kembali. Besar harapan Tuanku, begitu juga harapan patik-patik rakyat jelata sekelian. Sebagai rakyat jelata patik-patik memohon perkenan Tuanku berdua untuk meneruskan legasi almarhum ayahanda Tuanku dan harapan rakyat iaitu:

1. Menyokong pembinaan Jambatan Bengkok dan menolak cadangan pembinaan jambatan ke tiga bagi menggantikan Tambak Johor.

2. Meneruskan hasrat almarhum ayahanda Tuanku bagi mendapatkan semula hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih yang kini dimiliki Singapura.

3. Memastikan agama Islam terus utuh di negeri Johor dengan menafikan sebarang bentuk gangguan, desakan melampau dan provokasi yang boleh menggugat kesucian agama Islam dan pegangan agama penganut-penganutnya.

4. Memastikan hak-hak istimewa, adat istiadat, budaya dan bahasa orang Melayu hidup subur seperti mana yang telah tercatat di dalam perlembagaan.

5. Memastikan perpaduan antara rakyat semakin intim dengan jaminan keselamatan dan keselesaan hidup di kalangan rakyat jelata.

6. Saling nasihat menasihati antara Istana dan Kerajaan Negeri agar peluang dan ruang diberikan kepada individu dan syarikat Melayu dan bumiputera supaya tidak ketinggalan dalam pembangunan negeri khususnya di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar.

7. Saling nasihat menasihati antara Istana dan Kerajaan Negeri / Pusat agar memberhentikan terus penjualan pasir dan memerangi penyeludupan pasir ke akar umbi kerana penjualan pasir ke Singapura walau dengan apa tujuan pun kerana ianya mengancam keselamatan dan ekonomi Johor.

8. Saling nasihat menasihati antara Istana dan Kerajaan Negeri /Pusat agar dikaji semula perjanjian penjualan air mentah ke Singapura mengikut saluran undang-undang kerana amalan sekarang sangat merugikan negeri dan negara.

9. Meneruskan amalan mendekati rakyat dengan meneruskan program 'Kembara Sultan' ke daerah-daerah di negeri Johor seperti mana yang lazim dilakukan saban tahun oleh Tuanku supaya tembok batu Istana Bukit Serene tidak menjadi penghalang menautkan jalinan kasih antara Tuanku dan rakyat.

10. Sebagai ketua Agama Islam, besar juga harapan patik-patik dengan kuasa dan daulat ke bawah Duli Tuanku supaya terus meningkatkan syiar Islam di Johor, meningkatkan kualiti akhlak rakyat, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sekolah agama kerajaan negeri dan menjadikan Johor sebagai pusat Ilmu dan Tamaddun Islam.

Ampun Tuanku, sembah patik harap di ampun kiranya ada sembah derhaka yang menguris hati Tuanku berdua. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah serta inayahnya ke atas Tuanku berdua dan kerabat-kerabat yang lain, pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat sekeliannya.

Amin.

Menjunjung Kasih Tuanku.


Amir Hamzah Bin Hj Mohamad
Setiausaha,
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Johor.

Daulat Tuanku!


Daulat Tuanku!

Kami seluruh rakyat Johor merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas perlantikan Tunku sebagai Sultan Johor yang ke 5. Semoga Tunku akan terus menjadi pelindung kepada Agama Islam dan hak-hak rakyat Melayu serta pribumi.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

دولت توانكو!

كامي سلوروه رعيت جوهر مرافاق سمبه مڠوچڤكن ستيڠڬي-تيڠڬي ڤڠهرڬان اتس ڤرلانتيكن تونكو سباڬاي سلطان جوهر يڠ ك 5. سموڬ تونكو اكن تروس منجادي ڤليندوڠ كڤد اڬام اسلام دان حق-حق رعيت ملايو سرتا ڤريبومي.

دولت توانكو!
دولت توانكو!
دولت توانكو!

Baca Di sini
Baca juga di sini

Sultan Johor Mangkat



DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi yang mangkat senja hari ini merupakan seorang Raja yang amat disayangi dan berjiwa rakyat. Baginda berumur 77 tahun pada 8 April lepas.

Akhbar The Star menyifatkan baginda sebagai ‘Raja Yang Menginspirasi’.

Baginda naik takhta sebagai Sultan Johor apabila ayahanda baginda Almarhum Tuanku Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim mangkat pada 10 Mei 1981. Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong VIII antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Semasa menduduki tahkta Kerajaan Persekutuan, baginda menunjukan keperihatin terhadap rakyat, terutama anggota pasukan keselamatan. Baginda telah beberapa kali mencemar duli semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri melawat anggota pasukan keselamatan diperbatasan dan sempadan. Ini termasuk terbang ke atas kapal TLDM yang sedang membuat rondaan dilaut.

Baginda juga mendermakan keseluruhan elaun sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sepanjang menduduki takhta kepada sebuah NGO, Yayasan Iskandar. Dana ini digunakan sebagai membantu pembiayaan pelajar yang kurang berkemampuan.

Baginda juga merupakan Kolonel Kehormat Rejimen Grup Gerak Khas dan menunjukan minat dalam aktiviti sukan.

Sebagai seorang ketua keluarga, baginda adalah seorang ayahanda dan nenda yang amat penyayang. Baginda menentukan cucunda baginda, Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail agar dilatih sebagai pegawai kadet di Dehradum, India dan menyoroti perkembangan cucunda tersebut dengan rapat. Baginda juga minat kepada irama keroncong.

Baginda membelakangkan protokol dan membuat kenyataan politik semasa upacara merasmikan Wilayah Pembangunan Iskandar di Danga Bay pada November 2006 apabila menitahkan agar Kerajaan tidak mempercayai orang asing terutama ‘orang putih’ dan mencadangkan wilayah itu dinamakan Wilayah Pembangunan Rahman Andak berbanding dengan nama baginda kerana menghargai pengorbanan Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor itu. Baginda juga menitahkan agar Tambak Johor dirobohkan, “Biar air lalu”, berbanding dengan keputusan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan agar projek 'Jambatan Bengkok ' dibatalkan pada bulan Mac 2006.

Semasa perasmian Dewan Undangan Negeri Johor ke XII pada tahun 2009, baginda menitahkan akan mengunakan saluran perundangan untuk mengambil kembali Pulau Batu Putih yang telah diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa menjadi milik Singapura. Baginda juga bertegas agar cadangan untuk ‘Jambatan Ke III’ tidak diadakan.

Petikan daripada Big Dog!

Saya mewakili YDP PERKASA Johor dan Jawatankuasanya menghulurkan salam takziah kepada Pemangku Raja Johor dan Kaum kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Almarhum Tunku Sultan.

Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat keatas roh Almarhum.....Al-Fatihah.

Sultan Iskandar: Raja yang tegas, adil

Najib Pendekkan Lawatan

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.

Jenazah Almarhum Sultan Iskandar akan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah jam 2 petang esok.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang esok di Istana Besar Johor Bahru.

Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari.

LAPORAN POLIS WAJAR DILAKUKAN OLEH MANA-MANA INDIVIDU YANG PRIHATIN KE ATAS PENULIS BLOG INI YANG BIADAP, ANGKUH DAN BOLEH MEWUJUDKAN KETIDAK TENTERAMAN DALAM MASYARAKT. KDN DAN KERAJAAN JOHOR JUGA WAJAR MENGAMBIL TINDAKAN KERANA AYAT-AYAT YANG TERTULIS MERUPAKAN SATU PENGHINAAN KEPADA INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU.

Isnin, 8 Februari 2010

Pelancaran PERKASA Johor.




Yg. Dipertua PERKASA Johor
Y.Bhg. Dato' Abd. Rahman Bin A. Bakar.

Pada hari AHAD 17hb. Januari 2010 Di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat,Johor.

Pelancaran Perkasa Johor Meriah
Perkasa Negeri Johor telah selamat di sempurnakan oleh YB Presiden Perkasa Dato Paduka Ibrahim Ali merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas.
Sambutan yang diberikan oleh warga Johor amat mengalakan dengan kehadiran begitu ramai kedalam dewan untuk mendengar pesanan dan amanat Presiden.

YB. Presiden memberi ucapan pelancaran

YB Dato Presiden tidak lekang menginatkan masyarakat Melayu tentang perlunya keharmonian dan ketuanan Melayu itu di pertahankan.

Dato Presiden juga turut mengingatkan bahawa setiap perjuangan mengenai sesuatu perkara hendaklah di buat dengan penuh ikhlas, dedikasi serta mengutamakan kepentingan masyarakat agar perpaduan kaum dapat dikekalkan selamanya di negara tercinta Malaysia.
_1170196-johor
Ketibaan Presiden Perkasa disambut AJK negeri

_1170274-johor
Turut hadir dalam majlis pelancaran

Barisan AJK Perkasa Negeri Johor

Turut hadir



Lahirnya sebuah harapan



Salam kepada semua warga PERKASA tanahair.

Alhamdulillah hari ini SELASA 09.02.2010 lahirlah blog khas untuk PERIBUMI PERKASA NEGARA negeri Johor Darultakzim. Semoga blog yang simple ini dapat memberi info kepada semua ahli PERKASA negeri Johor khasnya dan kepada semua ahli PERKASA seluruh Malaysia.

Sesungguhnya perjuangan PERKASA Negeri Johor baru bermula, dan akan terus-terusan berjuang seiring dengan undang-undang negara dan tidak lari dari syariat Islam yang dicintai.

Salam perjuangan dari Peribumi Perkasa Johor.
Wassallam.